TEMPLATE KOSONG TOHUCOKEP. ANDA BOLEH PRINT DAN GUNAKAN DI DALAM KELAS UNTUK TEKNIK MENULIS KARANGAN.
MUAT TURUN DI SINI 👉👉👉 TEMPLATE TOHUCOKEP
TEMPLATE KOSONG TOHUCOKEP. ANDA BOLEH PRINT DAN GUNAKAN DI DALAM KELAS UNTUK TEKNIK MENULIS KARANGAN.
MUAT TURUN DI SINI 👉👉👉 TEMPLATE TOHUCOKEP
Contoh teks ucapan persaraan pengetua yang akan disampaikan oleh ketua murid.
Klik pada pautan berikut dan boleh muat turun teks.
Selepas muat turun, bolehlah edit mengikut cita rasa anda. 😁
Definisi Ayat Terbitan
Ayat Terbitan ialah ayat yang diterbitkan daripada Ayat Dasar.
Daripada Ayat Dasar, beberapa Ayat Terbitan dapat dihasilkan. Contohnya:
Ayat Dasar: Siti menjahit baju Ismail.
Ayat Tanya: Siti menjahit baju Ismail?
Ayat Pasif: Baju Ismail dijahit oleh Siti.
Ayat Nafi: Siti tidak menjahit baju Ismail.
Ayat Seruan: Wah, Siti menjahit baju Ismail!
Ayat Songsang: Menjahit baju Ismail Siti.
Ayat Majmuk: Siti dan Liza menjahit baju Ismail.
Contoh di atas menunjukkan bahawa satu (1) ayat dasar boleh menerbitkan beberapa ayat terbitan.
Apakah ayat dasar?
Ayat dasar merupakan ayat inti.
Ayat dasar boleh dikenal pasti melalui beberapa ciri iaitu :
1. Berbentuk 'tunggal' - Tiada kata hubung dalam ayat.
2. Ayat dasar sama jenis dengan ayat penyata. - Selain daripada ayat penyata, BUKAN ayat dasar. Contohnya, ayat seruan, ayat tanya dan ayat perintah.
3. Susunan ayat aktif. - Ayat pasif BUKAN ayat dasar.
4. Susunan biasa - Ayat songsang BUKAN ayat dasar.
5. Binaan ayat boleh diperluas.
Terdapat empat (4) pola ayat dasar iaitu :
1. Frasa Nama + Frasa Nama : Cikgu Ali seorang guru.
2. Frasa Nama + Frasa Kerja : Cikgu Ali mengajar Bahasa Melayu.
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif : Cikgu Ali garang.
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama : Cikgu Ali di sekolah.
Contoh teks ucapan sempena Hari Guru yang disampaikan oleh Ketua Murid. 👉👉 KLIK SINI (format pdf) 👉👉 KLIK SINI (format docx)