Search This Blog

Wednesday, April 26

Sintaksis : Ayat Dasar

 Apakah ayat dasar?

Ayat dasar merupakan ayat inti.


Ayat dasar boleh dikenal pasti melalui beberapa ciri iaitu :

1. Berbentuk 'tunggal' - Tiada kata hubung dalam ayat.

2. Ayat dasar sama jenis dengan ayat penyata. - Selain daripada ayat penyata, BUKAN ayat dasar. Contohnya, ayat seruan, ayat tanya dan ayat perintah.

3. Susunan ayat aktif. - Ayat pasif BUKAN ayat dasar.

4. Susunan biasa - Ayat songsang BUKAN ayat dasar.

5. Binaan ayat boleh diperluas.


Terdapat empat (4) pola ayat dasar iaitu :

1. Frasa Nama + Frasa Nama : Cikgu Ali seorang guru.

2. Frasa Nama + Frasa Kerja : Cikgu Ali mengajar Bahasa Melayu.

3. Frasa Nama + Frasa Adjektif : Cikgu Ali garang.

4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama : Cikgu Ali di sekolah.




No comments:

Post a Comment

Hari Guru 2023 | Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

Contoh teks ucapan sempena Hari Guru yang disampaikan oleh Ketua Murid.  👉👉  KLIK SINI  (format pdf) 👉👉  KLIK SINI  (format docx)