Definisi Ayat Terbitan
Ayat Terbitan ialah ayat yang diterbitkan daripada Ayat Dasar.
Daripada Ayat Dasar, beberapa Ayat Terbitan dapat dihasilkan. Contohnya:
Ayat Dasar: Siti menjahit baju Ismail.
Ayat Tanya: Siti menjahit baju Ismail?
Ayat Pasif: Baju Ismail dijahit oleh Siti.
Ayat Nafi: Siti tidak menjahit baju Ismail.
Ayat Seruan: Wah, Siti menjahit baju Ismail!
Ayat Songsang: Menjahit baju Ismail Siti.
Ayat Majmuk: Siti dan Liza menjahit baju Ismail.
Contoh di atas menunjukkan bahawa satu (1) ayat dasar boleh menerbitkan beberapa ayat terbitan.
No comments:
Post a Comment